CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 19, 2008

Rindu

Rindu...
rindu dalam diam,
membawa seribu rahsia
sejuta impian,
segunung harapan,

mengapa?
mengapa aku masih tidak mengerti?
atau aku hanya dibohongi hati...
yang masih tidak dapat menerima hakikat ini,

rindu....
rindu yang tak seharusnya ada!

Pedih yang menyiat-nyiat hati luka yang tiada penawar, ...
biar seribu tahun aku menanti namun yang didamba tak mungkin kumiliki

Dunia yang berbeza tak mungkin bersatu
kerna,
alam yang fana ini tak mungkin akan mengizinkan

biar waktu terhenti
biar dunia hancur ditelan galaksi
rindu ini tak mungkin hilang!

adakah aku gila?
gila kerana mencintainya,
gila kerana mendambakannya

dan hanya aku dan aku saja yang tahu
menanti dan menanti jawapan yang tak mungkin akan ku terima
yang tak mungkin akan hadir

dalam diam,
dalam keheningan malam
dan aku hanya disitu
menanti....

hingga aku sendiri tidak tahu,
bila akan berhenti

rindu........

0 comments: