CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 15, 2007

~ PEMERGIAN (AMINUDDIN) ~

13 SEPTEMBER, ya. Aku masih ingat, tapi aku tak faham.Aku tak mengerti apa sebenarnya yang berlaku. Mengapa? Mengapa dia? Dia pergi terlalu awal. Aku. aku tak dapat terima. Arghh aku tak tahu. Mengapa mesti dia dan..bukan orang lain. Aku tak mengerti. Yang aku tahu semua bermula pada pagi itu.Ya. Pagi itu,

“Sher, kau tak dengar berita?” Berita? Berita apa pula.

“Berita apa, Ribby? Gosip-gosip aku tak nak dengar ok. Dahlah dekat bulan Ramadhan.” Ye la, Ribby ni kalau satu hari tak gosip tak sah.

“Tolong sikit bukan gosiplah, kau kenalkan Aminuddin?” Aminuddin? Mestilah satu sekolah masa sekolah rendah dulu.

“Aminuddin kelas 4ST ke? Kalau yang tu kenal sangatla, kenapa?”

“ Dia kemalangan jalan raya.” Ya Allah

“Apa dah jadi dengan dia? Macam mana boleh kemalangan? Dia selamat tak? Dekat mana?” Aku terkejut sangat.

“Wei satu-satulah, ingat aku mesin ake. Dia kemalangan motor tapi tak taulah macam mana kejadiannya, Dekat Taiping dan keadaan dia emm” ish apa diam ni orang dah suspend dah ni.

“keadaan dia macam mana?! Amin macam mana?! Selamat tak haa.?”

“keadaan dia kritikal, braindeath.” Braindeath! Kegagalan otak.

“ Dia cuma ada 30% saja untuk terus hidup.” Tersentap jantung aku mendengar berita buruk yang tak pernah aku jangka.

Dari hari itulah bermulanya detik-detik sukar dalm hidup aku dan teman-teman lain.

~ * * * * * * * ~

“Sherina, kau tak pergi ziarah Amin ke?”

“Tak tau lah lagi Ribby, sebab kereta rosak hantar bengkel. Mungkin lusa baru boleh pergi.”

“Sher, lusa 13 september kan? Ok juga dah puasa, Kita boleh pergi lepas sekolah. Apa kata kita ajak kawan-kawan lain. Mungkin ada yang nak pergi”

“Mestilah by, mesti ramai yang nak pergi.Amin tukan banyak kawan.”

“Sher, apa kata kalau kita cadangkan dekat pengetua suruh dia buat majlis bacaan yassin untuk Aminuddin, mungkin boleh membantu.Selain tu juga kita boleh buat kutipan derma untuk keluarga dia. Macammana bernas tak?”

“Ok juga tu by. Bila nak cakap dekat pengetua?” tak sabar aku.

“Apa kata lepas ziarah dia nanti.”

“Ok juga tu, nanti kita pergi sama-sama.”

Mintak-mintaklah kereta siap cepat boleh pergi cepat. Lagipun mak dah janji nak bawa pergi ziarah Amin.

Makin lama aku makin kesian kat Amin. Macam mana la keadaan dia kat hospital tu.

Kesian, sedih semua ada!

Seharian disekolah aku jalani dengan suasana sedih tak macam selalu. Tiba-tiba semua orang jadi macam zombie.

Pembelajaran pun jadi tak menarik.

Tak tahulah kenapa. Hujan renai-renai, langit gelap macam ada perkara buruk akan terjadi mungkin lebih buruk dari peristiwa kemalangan Aminuddin.

Aku harap sesi pembelajaran hari ni habis awal. Takde mood langsung nak belajar.

Semua orang diam jer.

Tak de lawak bodoh Hazimi, tak de gelak tawa Husni ataupun leteran cikgu Ramlah. Semua tu macam dah lenyap.

Dunia pula ibarat neraka .

~ * * * * * * * ~

“Mak! lusa jadi kan pergi melawat Amin?”

“Insyaallah, kalau ada rezeki mesti dapat pergi.” Ni tak best ni macam tak pasti jer lagi,

“Mane boleh macam tu kata hari tu dah janji, mesti pergi jugak.Tak kira.Sher nak pergi jugak.

“yelah-yelah lusa kita pergi, berapa ramai nak tumpang. Jangan ramai sangat nanti susah nak control.”

“Mak tak payahlah risau dalam empat orang je”

“Sape yang nak pergi?”

“Ribby, Gina, Meila dan Linda. Jangan risau diorang tu tak banyak kerenah dan tak suka buat masalah.Tak de seorangpun yang pandai bercouple so Mak tak payah lah risau kalau diorangtu nak timbulkan apa-apa masalah nanti.”

“Kalau Sherina sendiri dah kata macamtu takpelah, jadi pergi lusa, cakap kat diorang tu siap awal dalam pukul 3.30ptg kita bertolak.”

“Mak diorang kata kalau pasal kos jangan risau sebab nanti diorang bayar duit minyak, Rm10 seorang.”

“Ish Sher ni Mak tak mintak bayaran. Lagipun kan kita nak pergi melawat orang sakit dapat pahala tau. Ni mesti Sher yang suruh ni”

“Tak la mak” apa pul tuduh-tuduh orang.”

“Kalau macam tu cakap kat diorang tak payah bayar. Mak belanja ok”

“Ok lah Mak, Sher nak tidur laa dah mengantuk sangat.”

~ * * * * * * * ~

“Sher dah confirm ke besok jadi kan?” Gina ni tak sabar-sabar la

“Jadi la Gina, jangan lupa pulak bagi tau dekat Linda dan Meila.Kalau Ribby nanti Sher yang bagitau kami kan satu kelas.”

“Harap-harap sempatlah pergi tengok dia, Risau aku!”

“Kenapa pulak tak sempat besok jer lagikan lagipun kau nak kemana? Sampai tak sempat pulak. Kau tak pergi mana-mana kan nanti sibuk pulak aku nak cari orang lain ganti tempat kau.”

“Bukan aku yang nak pergi mana-mana.”

“pastu apa pulak kau ni suka cakap berbelit-belit la susah aku nak faham” apa pulak yang si Gina ni cakap aku pun tak faham tak sempat apenyer besok je kan tak lama pejam celik pejam celik dah besok. Tak sampai berapa jam pun.

“Kau tau kan Aminuddin tu dah nazak mana tau dia….”

“Dia takkan mati la!!!. Tolonglah jangan cakap macam tu lagi. Dia mesti ok punya.”

“Kalau ya pun jangan la marah”

“Kau pun janganlah cakap mengarut.”

“Ok, ok jom masuk kelas.”

“Jom”

~ * * * * * * * ~

“ Hey Ribby, apahal nie, nangis yer?”

“Happy la sikit petang ni kan nak pergi melawat Amin” ape kena semua orang kat dalam kelas ni, mata merah macam menangis jer.

“Sher, kita takkan pergi petang tapi pagi ni dan bukan kat hospital tapi kat rumah dia”

“Oh dia dah balik la, dia dah sembuh la kan?”

“Bukan Sher, bukan dah sembuh tapi dia dah meninggal dunia dan jenazahnya akan dikebumikan hari ni juga”

“No!, no it cant be. Dia tak mati lagi kan. Mustahil dia belum mati lagi, belum,belum korang tipu dia hidup lagi. Ribby kau tipu kan dia belum mati korang tipu!!!”

Mati belum! Dia belum mati lagi semua orang tipu. Aku dapat merasa air hangat merembes laju ke pipi.

Semua ni mimpi je kan dan bila aku bangun dia masih hidup.

Tapi kenyataan nya beda.

Dia dahpun meninggal dunia

~ * * * * * * * ~

Walaupun dah sebulan Amin pergi namun kesedihannya masih tersisa.

Pada pagi syawal yang mulia ini aku harap dia bergembira dan tenang bersamaNYA

Semoga Rohnya disemadikan bersama-sama orang yang soleh dan solehah

Al-Fatihah

~ TAMMAT ~

1 comments:

Anonymous said...

Namun Imam al-Ghazali ada menyatakan bahawa usaha mencari Tuhan harus bermula dengan mencari diri. Menjernihkan an-Nafs. Membuang keburukan padanya dan menghias dengan kemuliaan. Sayyid Hawwa’ juga bersetuju dengan ini…

Dan salah satu cara yang paling baik, paling berkesan dan paling segera adalah zikrul maut. Ingati mati. Kerana memang benar, mati itu sentiasa mengejar, dan manusia pun terkadang tidak menyangka dia akan mati pada saat ‘Izrail menjemput.

Hm. Perlu bergerak sekarang. Teguhkan iman, tetapkan amal. Tika kau melangkah mencari-Nya selangkah, Dia berlari mendapatkanmu seribu langkah...

Dipetik dari:
http://sayangsaufiah.blogspot.com/2007/08/mencari-diri.html