CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 15, 2007

~ PERGOLAKAN ~


Aku dah lali dengan semua nie. Lali. Kalau nak ikutkan hati dah lama aku lari , tapi kemana? kemana boleh aku lari?. Semua ni macam dah sebati dengan aku. Dari awal aku masuk sampai sekarang aku macam tak boleh lari dari semua tu. Bosan. Aku memang dah bosan. Bosan sangat!!!

“Faz kau tak perasan ke, semua ni macam sesuatu yang dirancang?” Maz hanya berdiam sambil mengangguk-ngangguk tanda setuju.

“Aku tak tahu lah tapi nampak sangat macam ada orang yang nak kenakan kita.” aku setuju dengan Faz. Semua yang terjadi macam ada yang dengki.

“kita cuma pelajar tak mampu untuk buat apa-apa.” jawabku sedikit kesal.

“Tapi, bukan semuanya salah kita. Kita tak patut dipersalahkan. Aku tak puas hati dengan semua ni. Harga diri kita diinjak-injak macam tu je.”

“Ya bukan semua salah kita, walaupun ada segelintir kawan-kawan kita buat kesalahan tapi mereka boleh berubah bukan?” Aku menjawab dengan penuh mengharap. Mengharap yang satu hari nanti semua masalah ni akan pergi.

Susah kita nak ubah orang sebelum kita ubah diri sendiri dulu, mereka memang boleh berubah tapi kalau dihina tiap-tiap hari macam mana hidayah tu nak masuk, hati panas tiap hari macam mana nak berubah jadi lebih baik” Faz nampaknya sudah tidak mampu bersabar, begitu juga aku.

“Memanglah menjadi guru itu susah berhadapan dengan beratus murid, berbagai kerenah yang perlu dihadapi, Itu aku memang tak nafikan. Aku cuma rasa terkilan dengan segelintir guru yang tak ambil endah dengan suara-suara kita sebagai pelajar” Aku lihat wajah Faz merah dek marah.

“Faz, bas dah sampai aku balik dulu lah ye” Faz menganguk. Aku rasa tak tenang, Aku asyik terfikirkan masalah tu saja, aku, aku rasa macam semua ni takkan hilang dari aku.

Pening aku dibuatnya, bukan mudah nak bersihkan semula sesuatu yang dah kotor, dah tercemar. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Aku dah bosan dengan semua ni, bosan sangat. Bosan dengan leteran bosan dengan cacian. Aku tak nafikan aku pernah buat kesalahan tapi aku cuma seorang remaja yang tak lepas dari mambuat kesilapan.

Tak boleh ke mereka lupakan semua yang buruk dan ambil yang jernih. Bukan aku tak pernah buat baik, cuma tak ada sesiapa yang menghargai. Aku bukan nak orang puji atau lambung aku. Aku Cuma nak mereka tahu yang aku dan kawan-kawan taklah seteruk dan sehina yang disangka.

~ * * * * * * * ~

“Cikgu, cikgu kena faham bukan semua yang buat salah tapi segelintir saja. Cikgu tak patut tuduh kami macam tu” aku cuma nak bersihkan nama kelas aku saja.

“Eh, kamu ni siapa nak ajar-ajar saya. Kalau perangai dah teruk tu teruk juga tak payah nak nafikan” Aku terkedu, aku pandang wajah Faz mengharapkan sokongan.

“Kami bukan nak ajar cikgu atau nak kurang ajar. Kami cuma nak tegakkan hak kami sebagai pelajar dan hak kami sebagai manusia. Kami rasa tak salah kami nak pertahankan maruah kelas dan guru kelas kami sendiri.” Faz menjawab dengan tenang.

“ Kalau kamu nak pertahankan maruah kelas kamu, kenapa kamu sembunyikan maklumat pesalah daripada saya. Kamu bersubahat dengan mereka itu kamu anggap mempertahankan maruah? Sedar diri sikit kamu tu cuma pelajar tak layak nak bersuara.” Apa ni? Aku tak faham, aku tak faham apa yang cikgu cakap.

“Eh apa maksud cikgu ni? Kami tak tahu sebenarnya kalau kami tahu kami pasti laporkan.” Aku menjawab dengan suara yang teragak agak kerna aku tak tahu.

“ Bohong!!! kamu bersubahat tapi berpura-pura nak pertahankan maruah kelas kononnya.” Bagi aku itu melampau aku tak terima Faz juga kelihatan marah dan tertekan.

“ Sudah!!! Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Pergi masuk kelas !!!

pegi belajar!”.

“Tapi cikgu! Kami cuma nak cikgu tarik balik tuduhan – tuduhan yang cikgu lemparkan pada kami pagi tadi.” Faz cuba merayu.

“ Dah, dah saya tak nak dengar lagi. Pergi masuk kelas sekarang!!! Kalau kamu tak suka kamu boleh pergi pejabat ambil surat berhenti atau kamu pergi tukar sekolah lain!!!”

Aku dan Faz terus berlalu dari situ. Kami sudah tak tahan mendengar kata – kata kesat sebegitu.

~ * * * * * * * ~

“ Faziha, kau menangis ya? Aku pun sedih sabarlah. Anggaplah semua ni dugaan dalam hidup kita.” Aku cuba menenangkan Faz aku tak menyalahkan Faz kata-kata cikgu Izham tadi memang kesat.

“Macam mana nak sabar Qazrina, dia tak berhak buat kita macam ni. Dia memang tak berhati perut. Aku benci dengan perbuatan dia” aku memandang Faz, aku merasakan apa yang dia rasa.

“ Faz, dia memang macam tu tapi aku tak sangka yang dia boleh buat perkara sekejam tadi” aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku. Marah, sedih, benci bercampur baur.

Di belakang tandas perempuan inilah kami sering melepaskan perasaan, menenagkan diri dan mengubat luka. Disinilah kami mengenali hati dan diri kami dengan lebih dalam lagi.

Jika aku marah aku pasti kesini. Tiada tempat lain lagi di sekolah ini yang boleh buat aku tenang. Faz juga begitu.

“ Faz jom kita masuk kelas nanti cikgu Misha marah pulak, ni kan waktu pelajaran Matematik. Mengamuk pulak dia nanti” aku mengajak Faz pulang ke kelas aku tak mahu kalau nanti ini digunakan untuk menghina kelas kami, nanti dikira kami ponteng kelas pula. Walaupun sukar aku meninggalkan suasana yang sebegini tenang. Aku gagahi juga.

“ Baiklah, masuk kelas. Nanti orang fikir apa pula.”

~ * * * * * * * ~

“ Eh tukan Naema, yelaa aku lupa pula dia kan dah nak pindah”. Ish macam mana la aku boleh lupa. Ingat nak beli hadia farewell.

“Hari ni ke? Aku betul-betul tak ingat, jom tegur dia”

“Naema nak pindah dah ke?” aku meminta kepastian

“Haa, datang ni nak pulangkan buku SPBT dekat Cikgu A’qil sebelum pindah mesti pulangkan buku-buku ni takut lupa pulak kalau tangguh.” Betul tu kalau lupa hantar mesti kena marah dengan Cikgu A’qil.

“Naema datang dengan siapa? Mak ke? Faz dengar Naema nak duduk dengan mak Naema dekat Skudai betul ke?.”

“Betul, tapi hari ni ayah yang ambil dan hantar sampai Kuala Kangsar lepas tu naik bas. Mak ambil dekat stesen bas Skudai.”

“Ohhh lepas ni dah tak nak datang sini dah ke?” aku cuma nak tahu je.

“Mesti laa datang Qaz, tapi Qaz dengan Faz mesti telefon paling kurang pun hantar surat tak la terputus hubungan nanti.” Semestinya .

“Naema nak bertolak pukul berapa?”

“Nak pergi dah la ni. Kirim salam dekat semua ok. Tak sempat nak jumpa satu-satu.”

“Ok, jangan lupa telefon Qaz ok, Faz pun tau, Naemah ada nombor telefon kami kan? Kalau tak pun hantar e-mail ok.”

“Mesti lah ada, nanti Naemah telefon ataupun e- mail jer. Oklah Naemah pergi dulu ayah dah panggil tu. Ok Naema pergi dulu.”

Sedih pulak bila Naema dah tak ada, sunyi sikit kelas.

~ * * * * * * * ~

“ Helo, Faziha ada?”

“Haa Faz la ni, Qaz kan, kenapa? Malam-malam telefon ada hal penting ke?”

“Tak la ni ha pasal Cikgu Izham tadi ada apa-apa cadangan nak buat kat dia. Ingat nak pecahkan jer tayar kereta dia. Mesti best kan?” Aku memang marah dengan cikgu sorang ni.

“Pecah tayar kereta? Tak payah laa nanti kena tangkap susah kita” betul jugak cakap Faz kena tangkap naya je.

“Betul juga tapi macam mana kita nak ajar cikgu sorang ni?” Aku membalas dengan nada geram, bukan marah kat Faz tapi Cikgu Izham.

“ Nanti dia akan belajar sendiri, dunia ni macam roda sekejap kita ada di atas sekejap kita ada di bawah. Tuhan tu adil Qaz. Biarkan. Kita tengok berapa lama orang boleh tahan dengan perangai dia yang macamtu.”

“Betul tu, takkan ada orang yang boleh tahan dengan perangai sombong macam tu. Tak nak dengar pendapat orang langsung.”

“Satu hari nanti dia akan tahu juga. Satu hari nanti akan bertemu buku dengan ruas”

“oklah Faz, jumpa dekat sekolah esok.” Aku pun dah mengantuk, besok nak pergi sekolah pulak.

“Ok, jumpa esok. Assalamualaikum”

~ * * * * * * * ~

“Qaz, ada berita gembira,” wajah Faz kelihatan riang sekali. Tapi kenapa pula. Rasa janggal pula selalunya pagi-pagi pasti ada saja yang tak kena. Budak lelakilah macam – macam lagi

“ada apa? Ni senyum sampai ke telinga.”

“Mestilah, you know what. He got transferred. I’m so happy.” Wow speaking nampak. Jarang aku dengar Faz cakap bahasa Inggeris.

“Who?” hmm aku pun tak kurang hebatnya.

“That jerk of course!” siapa ni ha aku masih tak faham.

“tak payahlah teka-teki lagi, sapa yang kena transfer tu.”

“Well cikgu Izham dah kena transfer dan sebabnya ada parents yang dah mengadu dekat Ketua PPD, En Mohd Bazli Anas and dia dah pun ambil tindakan. Dan yang lebih mengejutkan dan bakal menjadi buah mulut satu sekolah ialah dia akan dipindahkan jauh dari sini. Maybe dekat Sarawak.”

“Wow that’s great, emm tu je ke berita gembira hari ni” aku tak sabar nak dengar kalau ada berita gembira lain.

“Mestilah, pihak sekolah akan menarik balik tuduhan keatas kelas kita. Dan aku pasti tak ada satu orang pun yang akan pandang rendah dekat kita dan kelas kita lagi. I am very very sure!”

“Syukur Alhamdulillah,tak sia-sia usaha kita selama ni, aku yakin berani kerana benar takut kerana salah. Alhamdulillah, Allahuakbar!!!.”

ALLAHUAKBAR!!!

Terima kasih Ya Allah, sampai juga saat kemenangan yang aku nanti-nantikan. Semoga kemenangan ini akan menjadi titik permulaan buat kejayaan kami yang akan datang, AMIN

~ TAMMAT ~

0 comments: